Wednesday, April 19, 2017

February is my lucky month!

Assalamualaikum...

Why February is my lucky month? Sebab it's my BIRTHDAY MONTH! Hehehe. Lucky kali ni I had a chance to go to England!! Thanks to my hubby & his family sebab sponsor pergi. Syukur Alhamdulillah. 

I went there last January-February 2017. Ni first time pergi Europe & first time experience winter season. I loveeeeeeeee the weather!!! Well, time pergi takde salji tapi sejuk la jugak. Time nak balik baru la salji turun tapi sikit jek. Time tu 0 celcius.

Places yang I pegi:

1. Doncaster
2. York
3. London

I wish nak pergi Paris sekali naik Euro Train tapi uncle cakap tak selamat. So, next time la Paris. Dalam flight, I borak ngan sorang chinese ni. Dia warga British, tapi cina. Dia cakap kalau nak ke Paris, jangan naik train. Mahal sangat sangat sangat. Kalau nak pon, book online awal-awal. Kalau nak murah, naik flight. Murah & cepat but then kalau nak tengok scenery, boleh la korbankan.

Naik Malaysia Airlines A380, upper deck. Ya, upper deck pon ada economy class.

Ni boarding gate untuk upper deck.





Even economy class pon, Alhamdulillah. Selesa. 

Makan - tido - makan - tido for 14 hours flight non-stop. 

Safely landed kat Heathrow Airport, London

Sampai je London, terus shoot ke Doncaster to visit my hubby's aunty & uncle. Oh ya, the funny thing was our luggage boleh pulak tertinggal kat KLIA!!!!!!! Bengang gilers. For 3 days pakai baju yang sama. Kalau setakat Kuching-KL takpe gak, ni London! Nasib baik musim sejuk & tak busuk pon baju & tak berpeluh. Basuh pon cepat kering sebab pakai heater. 

Ktorang tinggal kat english cottage area Selby-Brayton. Memang agak terpencil tempat ni. Scary malam-malam sebab area ni gelap & sunyi takde orang. Tapi manager tu cakap dia prefer remote area, lebih tenang. Cottage ni ada 3 bilik. 2 bawah, 1 atas. Ada dapur. Ada tempat laundry kat luar rumah. 

Kalau panas, bukak je tingkap. Lebih sejuk dari aircond. Me loveeee it so much. Sebab my mom-in-law pasang heater, so rumah tu jadi agak bahang. 

Ni dapur. Nak masak senang, semua complete. Pinggan mangkuk, cawan, gelas, sudu, garpu, senduk, periuk. SEMUA ADA! 





Ni view depan cottage. Scary kan? Ni view pagi. Mula-mula sampai sini memang beku. Tapi lama-lama tak rasa sejuk sangat 7 celcius. Heheee



Ni view kalau ada matahari. Beautiful isnt it? 

Ni perumahan area Norton. So nice. 


Rumah dorang ni sepesen jek. Semua batu bata gini. Takde kaler-kaler macam tempat kita.






Primark kat UK is a must!!! Sebab tu je la nak shopping paling murah! Baju, seluar, kasut, semua dalam £5, £10 paling mahal pon tak sampai £50. Dulu ingat kat London je ada. Tapi mana-mana tempat pergi ada, selain London.

Kalau pergi negara orang tak payah serabot pikir nak convert-convert sangat. Dari rumah lagi dah pandai-pandai la budget brapa nak belanja. Kalau kepala serabot pikir convert, baik tak payah pergi. Pergi jauh-jauh, kepala tak guna nak serabot kan? Pergi kena happy! LOLOLOL!


Ni area market dorang.






 

I think kita sambung ke entry lain pulak k. First day & 2nd day tak buat apa sangat pon sebab sampai-sampai je awal pagi then shoot ke Doncaster. Tak ingat brape jam perjalanan dari Heathrow Airport ke Doncaster brapa jam. I guess dalam 2 - 3 jam kot lalu highway. Then pergi shopping kat area Frenchgate sebab baju-baju takdaaaa toiletries takdaaaa, shopping la jawabnya! Huhu. 

 Sambung next post: York, England.

No comments:

Post a Comment

NO HATERS ALLOWED.
Haters + Anonymous = Chickens.