Sunday, February 26, 2017

Sapa ada masalah keputihan?

Assalamualaikum....

Sorry, tajuk skema sikit. LOL! Lama nya dah tak update blog! Sejak jadi housewife ni busy memanjang! Bukan housewife dok umah tapi + housewife here and there! Hihi. For this entry, I nak share pasal keputihan.

Sape ada masalah keputihan kat sini?

Please, JUMPE DOCTOR!!! 

Keputihan tu normal. Tapi kalau dah gatal, busuk, hanyir, ketul-ketul. Better check! I ada pengalaman pahit ngan keputihan ni. Banyak kali gak jumpe doctor. Duit memang banyak kali terbanggggggg. Klinik pakar sakit puan ngan specialist. Doctor sahkan I ada YEAST infection ngan Bacterial Vaginosis. Hilang datang penyakit ni. Jamu dah try gak. Tapi tak jalan.

I setahun lebih merana & I tak malu untuk kongsi ilmu sebab kebanyakan orang keliru pasal keputihan ni dan tak tau macam mana nak cure. Keputihan bukan disebabkan kite ni pengotor ke ape. Tapi sebab hormone & pH tak balance.

  • KENALI JENIS KEPUTIHAN
    • Actually, keputihan ni banyak sangat jenis. Tapi I akan share 2 jenis je. 
    • Ada jenis busuk bau hanyir tapi tak gatal. Tu bacterial vaginosis. Sbb pH tak balance & bacteria jahat lagi banyak dari bacteria baik. 
    • Jenis mcm cottage cheese. Ketul-ketul, gatal nak mampuih tapi tak busuk. Tu nama dia yeast infection. Sumbat pessary (tablet utk bawah tu) then bru ok. Kalau kencing pon sakit, pedih. Doctor pon tak kasi meruang sebab nanti kuman masuk. Tapi kalau dah gatal sangat, meruang je la jwabnye. Cuci tgn bersih2 ngan sabun anti-bacterial n pstikan kuku pendek! 
  • PLS AVOID AVOID AVOID pencuci wanita/feminine wash 
    • Kite selalu ingat pakai feminine wash ni baru la bersih and wangi! NOOOO! Salah tu. Feminine wash tu la akan menyebabkan pH down there lari. 
    • Cuci pakai air je. 
    • Always keep down there DRY! Jangan malas keringkan! Slalu standby tissue dlam henbeg uols k! 
  •  Amalkan minum Yakult biru (less sugar) 
    • Minum 2 kali sehari everyday! Siang 1, malam 1. Sebab ada probiotics (bacteria baik) 
    • Tak pon, makan yogurt. 
  •  KURANGKAN GULA! 
    • Gula yang akan trigger keputihan jenis yeast yg gatal tu dtg. AVOID AVOID AVOID minuman gas & super manis & 3in1. Dulu I student, so kalau nak stay awake tu, I selalu minum nescafe 3 in 1. Please, stop okay! I da stop baru okay dah. Minum air kosong banyak. Macam I, I tak suka minum air kosong. Muahaha. Kalau minum pon, mesti ice or suam.
  •  AMIK SUPPLIMENT PROBIOTICS
    • Macam orang kite jamu. Tapi jamu I tak jalan & cepat demam. So I google la kot-kot ada ubat lain, then poooooof! Probiotics jawapan dia. I amik yang Defendo sebelah kiri tu, kunyah je. I beli kat Klia. Yang kanan tu I beli online kat iherb.com. Kalau tak pon, amik suppliment Garlic/Bawang putih, sebab yeast tak boleh hidup ngan garlic. Ada article yang orang share, dorang siap sumbat yogurt or bawang putih kat bawah tu sebab gatal sangat. Tak tahan. LOL! 

  •  KURANGKAN AYAM, BANYAKKAN IKAN
    • Yang ni gynae yang suggest. Ayam sekarang kan banyak inject. Avoid gak junk food macam KFC, Mekdi, Maggi. Memang sumpah sedap tapi nak sihat, AVOID!
  •  PILIH PANTYLINER YANG SESUAI
    • Cari pantyliner yang mudah serap and kering. I pakai pantyliner brand FAVORITE. Memang tak femes tak pernah dengar tapi sangat elok!

    • Kerap la tukar pantyliner tu k! Jangan malas! Jangan pakai lama-lama. 
  • JANGAN STRESS!
    •  Stress pon penyebab keputihan gak. Tipu tak stress bila orang asik tanye n show off about their pregnancies tapi avoid la stress k. For urself! Orang tak boleh nak paham kita, so kita je yang mampu paham and ubah diri kita jadi positive. 
    • Tak payah sedih merana. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak boleh nak control benda yang kita tak boleh control (susah nak dapat). Contoh soal zuriat. Itu semua kerja Allah. Usaha macam mana sekali pon, Allah kata tunggu. Kita tunggu. 
    • Cuba u fikir balik, kita yang takde anak ni...nak masak senang, tidoq senang, berjalan senang, naik flight senang, dating tengok wayang kerap je. Takde hal. LOL. Mampu ke kita nak handle anak kecik yang merengek asik nangis. Nauzubillah. I tak boleh imagine lagi. Ada rezeki ada la. Allah is the best planner. 
    • I ada tanya doctor gak. Boleh hamil ke kalau keputihan jenis mcm ni, dorang ckap BOLEH. I google ada gak cakap tak boleh sebab keputihan ni block salur fallopian tube kita. But it's okay, kita sama-sama ubat, usaha k! So dont worry! I pon tak hamil lagi. 2 tahun dah😄 Tapi yang syukur skali, keputihan dah takde sebab saya amalkan tips2 yang I bagi tu.
Ni ilmu. I tak malu nak share. Sekian. 

No comments:

Post a Comment

NO HATERS ALLOWED.
Haters + Anonymous = Chickens.