Saturday, April 2, 2016

Uber & Grabcar apps lebih murah daripada teksi

Hello readers!

Weekend ni, iols spend time ngan my dad who came all the way from  Sarawak to KL just to see me. Heheheeeeee. Since ktorang takde kereta, malas nak sewa kete sebab KL.... U know la jalan dia macam mana, jem sana jem sini. So, transportation memang pakai teksi la.

Hari tu ada kecoh pasal driver teksi mogok kan? Sebab Uber & Grab apps ni. Iols x tau lagi apa function kedua-dua apps ni.. lepas kecoh teksi mogok tu iols install la. Hari ni baru try pakai, kat KL.

Lepas daddy tunggu iols kat Subang Airport, ktorang pergi kedai yang my dad nak pergi (untuk hobby drons dia) ... Dekat 10 Boulevard, area PJ. So ktorang naik la teksi dari Airport. Dari airport ke situ harga RM 34.

Bila nak balik hotel dari 10 Boulevard tu, i baru teringat apps Uber ni. I cuba la, price range dari 10 Boulevard ke Bukit Bintang cuma RM 17. Then i try check dari airport Subang ke 10 Boulevard, harga RM 18- RM 25 je. Tak sampai pon RM 30. Fuh! Memang patutla orang prefer Uber & Grabcar apps ni daripada naik teksi! Teksi dah la mahal, tipu plak tu pakai jalan jauh!

ni logo Uber & Grab apps

Macam mana nak pakai Uber apps:

1. Install Uber apps kat phone uols
2. Register
3. Payment pon kena register sebab Uber apps ni tak pakai cash.
    Payment melalui PayPal ataupon credit card.
4. Set pick up location
5. Set destination
6. Then tunggu driver datang amik.

Driver Uber ni orang biasa-biasa jek. Pakai personal car. Nanti information pasal kereta tu akan terpampang kat Uber. Macam number plat kereta driver tu, Jarak Perjalanan, harga, pukul brapa sampai. So memang driver tak leh nak tipu la route tu.

Ok, tu Uber apps. Grab apps pulak, senang jugak. Cara dia sama jek tapi yang best Grab apps ni kite boleh bayar by cash!

Cara pakai Grab apps ni:

1. Install Grab apps
2. Register
3. Letak location uols (pick-up)
4. Letak tempat mana uols nak pergi (Drop-off)
5. Pilih mana satu u nak naik: Teksi ke, Grabcar ke

 
Budget taxi: Price range RM 78 - RM 119

Grabcar RM 90

6. Then tekan 'Book' yang button hijau tu


7. Nanti dia keluar macam ni: Finding you a driver


8. Ni driver yang sanggup amik u. Kalau nak cancel, tekan je "cancel booking" tu. See, semua information ada kat situ. Kete ape, no plat. Nanti driver tu akan call u tanye confirmation. 

Nak cancel booking pon boleh. Nak tukar driver pon boleh kalau uols nampak driver tu macam scary ke especially kalau u sorang pompuan.


9. Ni kalau u cancel booking. Tekan je cancel booking tu then bagi reasons. Nanti akan keluar options kenapa u cancel. (i malas nak screenshot). hihi

Memang lepas ni pakai Uber & Grabcar je la! Cepat, murah!

No comments:

Post a Comment

NO HATERS ALLOWED.
Haters + Anonymous = Chickens.