Tuesday, April 12, 2016

Celcom ke Maxis ke Umobile

Hello!

Hari ni I nak share antara celcom maxis umobile, kenapa I prefer Umobile. Hihi. DiGi dulu time skolah I pernah pakai tapi sampai skarang I trauma sebab kredit asyik hilang. Ok, jom focus terus ngan pengalaman I pakai Celcom, Maxis, Umobile.

Celcom.

I pernah pakai Celcom postpaid ngan prepaid. Prepaid sebulan mesti sampai RM 200.00.  Postpaid I pakai yang Celcom FIRST. Postpaid punya bill pon bulan-bulan beratus jugak. RM 45 untuk 3GB tak silap. Padahal RM 45 jek pon. Tak ingat dah. Yela, asyik "you have reached 70%, you have used 80% quota blablabla". Bila Max Up 1GB quota jek, baru nak bukak Fesbuk dah cakap u have used % tu.. Staff celcom tu cakap sebulan kena bayar RM 45 jek. But then bila pakai bill melambung oi!

I tak tahan ngan bill melambung so I refer la ngan staff Celcom tu. I tanye kenapa mahal sangat. (ye memang I slalu topap quota tapi 1GB tu I baru nak bukak IG dah cakap I dah pakai 70% 80% quota). 2 kali tau I refer. First time tu I tanya "ada ke plan yang paling murah". Staff Celcom cakap ni yang paling murah. Ok, boleh sabar lagi. Second time I tanya "kenapa quota asyik habis padahal tak sempat lagi nak pakai". Staff cakap "oh memang gitu". oh memang gitu?????????????????? Ok, tak boleh sabar dah. I tukar ke Maxis.


Ni Celcom bill. Seeeeeeeeee! Beratus!!! You have reach you have reach....hampeh. Tengok date tu. Cepat jek habis quota. Padahal jarang nak tengok video ke ape ke. Online Facebook Instagram jek pon. Tapi agak-agak la nak sedut quota -___-


Maxis.

Maxis I pakai MaxisONE plan. RM 98.00 untuk 1GB. Kbye. Memang hari-hari dok sedut duit. Botak. Student memang banyak kena pakai internet ni sebab semua benda nak kena online. So memang botak pokai. Menangis. Asyik stress, serabot. Baru je nak bukak Google dah cakap "you have used 70% 80% quota". TAK SEMPAT LAGI NAK BUKAK APA-APA!!!!! I fed up, I tukar ke Umobile. Maxis last bill RM 212. Then bila I cakap I nak terminate dia terus cakap bill I RM 412. Oh noooo. I TAK PAKAI SANGAT PON K sebab nyampah asik sedut quota. So I beli Umobile prepaid.

Umobile.

My brother yang suggest pakai umobile. Dia cakap jimat. I memang hesitated jugak nak pakai at first sebab coverage dia dengar-dengar agak lemah kan? Mula-mula umobile ni pakai prepaid. AGAK jimat. Agak ah tapi pain in the ass jugak. Then pakai postpaid. Nak tukar punya la susah sebab Maxis dah blacklisted IC I. Thanks Maxis. Thank you so much. So, I pakai la IC my brother. Terpaksa tukar number phone jugak. Umobile I pakai plan yang P70. Umobile ni sangat sangat sangat SANGAT puas hati and JIMAT! Coverage okay je so far I kat Melaka, JB, KL, KB, Jerteh, Kuching. Even certain area agak hampeh. Tapi okayla. Check dekat kiosk dia pasal coverage tu, memang dia tak cover yang area Kuala Besut - Jerteh. Tapi bila dah bawak, laju gila weh. Tu la boleh update blog ni. HAHA. Line Celcom yang E. Umobile ni I bukak la Instagram, Facebook, Youtube memanjang, Blogging memanang but still takde quota habis sebab I dapat 15GB for RM 70.00!! Unlimited calls lagi! Boleh carry forward unused Internet! So far yang pakai P70 semua cakap puas hati.


Ni perbezaan antara Umobile, Maxis, Celcom. Umobile memang RM 70 sebulan yang extra RM 10 tu I'm not sure. Kahkahkah. Jangan kecam saya. Well, at least bill tak reach RM 100!! Tu yang penting. Nak online memanjanggggggggggggg jek tak kisah. I kerap bukak instagram untuk promote dropship I, Facebook, Blogging, onlineeeeeeee memanjang. Tapi memang puas hati. Takde nak habis quota. Celcom Bill, Maxis bill semua reach RM 100 keatas. Huhu.

So, dah terbukti depan mata. Pilihan di tangan anda. Ntah la, ada pros & cons kot antara telco line ni tapi pape pon, I bagi 10 bintang untuk umobile! Bagi yang gila online mcam I, pakai la Umobile. Hehe.


Saturday, April 2, 2016

Uber & Grabcar apps lebih murah daripada teksi

Hello readers!

Weekend ni, iols spend time ngan my dad who came all the way from  Sarawak to KL just to see me. Heheheeeeee. Since ktorang takde kereta, malas nak sewa kete sebab KL.... U know la jalan dia macam mana, jem sana jem sini. So, transportation memang pakai teksi la.

Hari tu ada kecoh pasal driver teksi mogok kan? Sebab Uber & Grab apps ni. Iols x tau lagi apa function kedua-dua apps ni.. lepas kecoh teksi mogok tu iols install la. Hari ni baru try pakai, kat KL.

Lepas daddy tunggu iols kat Subang Airport, ktorang pergi kedai yang my dad nak pergi (untuk hobby drons dia) ... Dekat 10 Boulevard, area PJ. So ktorang naik la teksi dari Airport. Dari airport ke situ harga RM 34.

Bila nak balik hotel dari 10 Boulevard tu, i baru teringat apps Uber ni. I cuba la, price range dari 10 Boulevard ke Bukit Bintang cuma RM 17. Then i try check dari airport Subang ke 10 Boulevard, harga RM 18- RM 25 je. Tak sampai pon RM 30. Fuh! Memang patutla orang prefer Uber & Grabcar apps ni daripada naik teksi! Teksi dah la mahal, tipu plak tu pakai jalan jauh!

ni logo Uber & Grab apps

Macam mana nak pakai Uber apps:

1. Install Uber apps kat phone uols
2. Register
3. Payment pon kena register sebab Uber apps ni tak pakai cash.
    Payment melalui PayPal ataupon credit card.
4. Set pick up location
5. Set destination
6. Then tunggu driver datang amik.

Driver Uber ni orang biasa-biasa jek. Pakai personal car. Nanti information pasal kereta tu akan terpampang kat Uber. Macam number plat kereta driver tu, Jarak Perjalanan, harga, pukul brapa sampai. So memang driver tak leh nak tipu la route tu.

Ok, tu Uber apps. Grab apps pulak, senang jugak. Cara dia sama jek tapi yang best Grab apps ni kite boleh bayar by cash!

Cara pakai Grab apps ni:

1. Install Grab apps
2. Register
3. Letak location uols (pick-up)
4. Letak tempat mana uols nak pergi (Drop-off)
5. Pilih mana satu u nak naik: Teksi ke, Grabcar ke

 
Budget taxi: Price range RM 78 - RM 119

Grabcar RM 90

6. Then tekan 'Book' yang button hijau tu


7. Nanti dia keluar macam ni: Finding you a driver


8. Ni driver yang sanggup amik u. Kalau nak cancel, tekan je "cancel booking" tu. See, semua information ada kat situ. Kete ape, no plat. Nanti driver tu akan call u tanye confirmation. 

Nak cancel booking pon boleh. Nak tukar driver pon boleh kalau uols nampak driver tu macam scary ke especially kalau u sorang pompuan.


9. Ni kalau u cancel booking. Tekan je cancel booking tu then bagi reasons. Nanti akan keluar options kenapa u cancel. (i malas nak screenshot). hihi

Memang lepas ni pakai Uber & Grabcar je la! Cepat, murah!