Wednesday, March 9, 2016

Cita-cita nak jadi STEWARDESS

Stewardess, cabin crew, flight attendant, pramugari. Yeah, memang cita-cita aku dari kecik lagi. Sape taknak? Travel free, glamour, meet people from all over the world, Travel, Travel, Travel.

Recently, ada interview Rayani Air tu. iols memang nak pergi. Tapi sayang, husband tak bagi. Hari tu suruh try. LOL. Pening iols.  Memang nangis-nangis weh sebab nak sangat sangat sangat pergi. TAPI nasib baik gak dengar cakap somi. Ada issues time interview. Nasib baik. Aku tak pergi hari tu. LOL. Sekarang aku fulltime housewife. Dah habis study tapi tak convo lagi lah. Aku selalu gak check any cabin crew vacancy ni. Yang aku target skarang: Saudi Arabian Airlines ngan Rayani Air sebab bertudung.

Dulu after SPM, aku menganggur sebab tak dapat first intake upu. Bila nak reapply, aku kena PLKN pulok. So, lepas PLKN tu aku tanam anggur la. I decided untuk try AirAsia. (Time tu freehair bajet hotstuff). My dad bagi. But then tarikh interview tu same ngan intake UiTM. So, papa suruh study dulu. Ok, aku sambung study. Study pon course Tourism. Kat UiTM Kota Samarahan. See, memang nak sangat involve dalam airline/tourism industry ni. Alhamdulillah sebab minat aku memang dapat carry belajar tu. Dapat result cemerlang. Dapat title best student in tourism management time tu.

Then habis diploma, aku amik degree. Ingat nak kerja dulu lepas diploma, amik pengalaman. TAPI, my dad suruh study lagi. Ok, aku amik degree. Degree pulak, aku dapat kat Melaka. Ingat nak tukar course tapi kalau tukar course, nanti study lambat habis. Tukar course syok gak actually, lagi luas ilmu. Tapi memandangkan aku nak habis cepat, aku decided nak stick je ngan Tourism Management. So aku amik B. Sc. (Hons.) Tourism Management, minor in Hotel management kat UiTM Bandar Melaka.

Time degree tu first sem (sem 3 sebab stick ngan Tourism) je aku dekan. Kui kui kui. Then aku pancit lepas tu sebab aku dah kawen. Again, kui kui kui. I don't blame marriage. Aku blame diri sendiri sebab mak aiihhhhh. Memang banyak commitment. Dengan dok sorang-sorang kat Melaka takde family lagi, husband dok jauh lagi. So weekend je aku travel 6-10 jam naik bas. So, tell me....macam mane nak bagi masa. LOL. Well, at least aku dapat habis on time takde sangkut study. Alhamdulillah CGPA pon still 3 pointer keatas. G pon surrounding time degree aku tak berkenan. So memang takde mood.

Ok, ni dah habis degree, aku plan still nak jugak kejar cita-cita aku nak jadi Stewardess. It's my passion!!!! Memang minat dari kecik. Dalam otak aku just nak jadi stewardess jek. Memang nak sangat sangat sangat. But then bila nak g interview, husband tak bagi pulak. Sabar, nanti aku pujuk lagi. Kah kah kah. Setahun pon takpe. Janji aku dapat rasa cita-cita aku tu. Lifetime experience kan?

Ni aku nak share ilmu sikit. Skati la nak cakap riak ke ape, tapi niat aku nak tolong jek. Apa aku belajar aku share. Even aku tak jadi stewardess lagi, ni basic ilmu yang aku tau. Recently, ada orang gaduh pasal Interview Rayani Air. Katanya braces tak boleh. Hoi hoi hoi, tell me....cabin crew mane yang pakai braces weh? Sebelum pergi interview tu kene la rajin buat research, kalau MALAS nak baca tu g tanye ngan mane-mane cabin crew. Make friends with them. Tanye mintak tips. Aku rasa, yang pergi interview tu yang dok maki itu ini tu (except pasal management) tu mesti MALAS membaca.

Hihihi. Dalam banyak-banyak komen kat Rayani Air IG, komen aku terpilih. Thank youuuu OhBulan. 

Come on!!!! Takkan basic requirement pon malas nak baca cik kak cik adik makcik makcik. Ye, memang dah baca TAKKAN TAK PAHAM? Yes, I geddit. Memang nak try nasib. For me, kalau semua requirement perfect, baru la boleh try nasib. Kalau pendek dari heigh requirment ke, takde qualification ke, tak payah nak buang masa try. Bukan ape, sebab ramai lagi yang lebih layak yang semua requirement dia perfect tapi tak dapat chances pon. Kesian tau.

1. Baca & Pahamkan Basic Requirement


Ni Rayani Air punye requirement. Belum tengok requirement airlines lain-lain lagi. Lagi strict okay! Dia mintak kat situ 157cm minimum height, hang just 140 something tak payah nak buang masa. Pastu dia nak 3 credits (BM, ENGLISH, MATH). Memang dah stated clearly subject apa yang kena credits. Hang failed either one of the subjects ke, hang tak credit stakat lulus ke, TAK PAYAH buang masa! Aku ada baca komen, ada orang tu degree holder, tapi tak credits subject Math. Pon kena reject. So kena baca betul-betul apa yang dia mintak. Lainla kalau hang ada cable. uhuk uhuk uhuk.


Ni contoh Singapore Airlines. Hang tengok, UNIVERSITY DEGREE HOLDER okay! Sekarang memang banyak competition. Fresh graduates melambak, nak bersaing memang payah sikit. So kenala perfect.

2. Do research!
Rayani Air ni baru lagi. Ada yang lagi annoying tanya "wujudke Rayani Air ni?". So, jangan expect Rayani ni 100% okay. What I'm trying to say here is, don't blame the company if urself wasn't prepared enough. Skati company tu la nak demand macam-macam. Hang nak mintak kerja, bukan dia nak mintak kerja ngan hang. Before pergi interview tu, kena buat research, the do's and the dont's. Research pasal company. Research pasal braces boleh jadi cabin crew tak. LOL. Resume, file-file tu susun cantik-cantik, kemas-kemas. Gambar kat resume kena tiptop. FIRST IMPRESSION!

3. Grooming kena tiptop
First impression penting kalau nak jadi front liner ni or deal dengan customer service ni. Aku 5 tahun belajar tourism. Memang apperance ni sangat sangat ditekankan. Dalam course ni ada subject Professional development, customer service. So, bila subject-subject penting ni or dapat lectuter strict, memang no jeans allowed, kene make up, kene pakai heels. Thanks to the lecturers. Sebab dorang nak guide ktorang, prepare untuk future. Nak tanye, ada ke jumpe stewardess pucat? No make up? Serabai? Laki rambut kering? Tak kan?  Nak jadi stewardess kena la perfect. Ya, nobody's perfect tapi nak jadi front liner kena la perfect dimata company/customers/passengers. Pakaian kemas, rambut kemas, wangi, sedap mata memandang. Senyum takde taring, takde braces. Stahu aku mana-mana top company grooming kena la tiptop. Lainla kalau hang mintak kerja tukang sapu ka, tukang masak ka, bibik ka. That's why skarang, aku dah terbiasa keluar rumah ngan eyeliner, bedak sikit, lipstick sikit. Sebab dah terbiasa discipline macam tu kat campus. Mekap pon jangan heavy sangat. Jangan dress up g interview macam nak pergi fashion show. Colour code, make up guidelines semua ada dalam internet. Tinggal google jek. Takkan tu pon nak malas?

4. Personality
Nak jadi cabin crew bukan 100% kena cantik. Even hang cantik meletop, perangai tak serupa bikin, muka masam mencuka, maki sana sini, TAK PAYAH try.  Personality penting bila nak deal ngan passengers ni. U have to know how to deal with difficult customers. Yang aku belajar, CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT. Tak kira la apa situasi tu, memang customer yang sentiasa betul. Ni hang dah dok maki pasal rayani air ni, I heard that ada staff rayani dah dok maki candidates, macam mana nak deal ngan customers? Lagi-lagi hospitality industry ni, dengan perangai manusia yang macam-macam perangai. Muka kena senyum even hati berapi menggelegak. Heard that Rayani Air ni selalu delay la cancel la, passengers mesti marah punye. So, how are you going to deal with those pax? Takkan nak maki-maki kan?

Ni updates pasal cabin crew walk-in interview: Flygosh

Rasanya tu je kot ilmu yang aku nak share. Nak pakai, pakai. Tak nak, takpe. Sorry kalau ada tersalah info ke, terkasar bahasa ke. Industry ni memang akan selalu kena maki. So, pandai-pandai la ye. Yang tak dapat tu, bukan rezeki uols...or bukan rezeki uols time date tu ke. Try lagi. Cuba tips ni. Kalau dah try tips ni takdapat jugak.... I dunno la. Semua terpulang kat rezeki. Macam iols, banyak obstacles. Even it's my passion. Tapi ntah la. Allah plans are better than our dreams, kan? Byebye.




No comments:

Post a Comment

NO HATERS ALLOWED.
Haters + Anonymous = Chickens.