Monday, March 14, 2016

20 Facts about me

Hello,

Sekarang ni i tengah tunggu baju ... lama betul nak tunggu baju spin. Sementara menunggu tu, iols decided nak update blog. Tapi tak tahu nak update apa actually, semalam dok update twitter kecoh pasal Ainan Tasneem (aku pon tak kenal dia sape ... baru tau dia artis...baru nak up) viralkan pasal crew AirAsia. Dia tak patut buat macam tu. Seolah-olah nak tutup periuk nasi orang. Ok Ok, tu semalam. Hari ni lain. Lupakan pasal semalam.

By the way, sorry tau kalau blog ni banyak bahasa rojak. Used to write in English, sebab zaman skolah dulu i kaki chatting. I minat gila ngan mat salleh, so hari-hari dok chatting ngan mat salleh. LOL. Sekarang zaman dah berubah. I'm married. Dengan lelaki Melayu. Kahkahkah. Kahwin ngan Melayu jugak Allah bagi. Alhamdulillah. So, nak tulis in English pon dah tak confident.  So, kte pakai bahasa rojak je la even diri sendiri ni menyampah dengan bahasa rojak. Huhu.

gambar hiasan 


Ok, cukup la membebel. Here's 20 facts about me:

1. Kuat berangan. Kuat berfikir. That's why rambut gugur. Asal nak sapu rumah je mesti jumpa rambut. Bersepah. I banyak fikir pasal hidup. Pasal future.

2. I teringin sangat nak jadi stewardess. Actually, before UPSR cita-cita nak jadi Pilot. Tapi bila UPSR dapat B in Math i patah semangat. So, tukar cita-cita nak jadi stewardess...sampai la sekarang.

3. Tak terfikir pon nak kahwin ngan askar+pilot = fighter pilot. Sumpah serious tak pernah terlintas dalam otak sebab i tak suka sangat ngan askar. Tu la orang cakap, apa yang kita tak suka, tu la yang kita dapat. LOL. Pape pon, Alhamdulillah. Allah dah atur elok-elok.

4. Daddy's forever princess. Sebab I sorang pompuan. I ada 2 abang, 2 adik laki. How cool is that?! So, bila nak something tu, i akan nekad jugak nakkan barang tu sampai i dapat. Kalau tak dapat, i memberontak. Takdela sampai lari rumah, tak makan jek. Hihi

5. I suka kuceng. Kucing besar jek. Kitten i tak berapa suka. Tak tahu kenapa. Kalau tengok kucing je i akan rasa amused. Mudah terhibur ngan kucing.

6. I tak suka orang bertekak, memekak. I akan jadi cepat marah menggelegak bila orang tinggikan suara. My heart will beat soooo fast ... nak tumbuk je muka orang tu.

7. Sekarang i dah bekerja. Kerja i: suri rumah. kahkahkah. Kerja jugak kot. Takde off day lagi.

8. Tak pernah nak terfikir kahwin awal. I kahwin time degree. So memang struggle gila bila nak bahagikan masa tu sebab weekend je, masa untuk jadi wifey. Besides, hubby ngan I pon long-distance.

9. Kalau ikutkan plan hidup i (since i kuat berangan and banyak fikir), lepas diploma nak kerja kejap nak cari pengalaman. Tapi daddy suruh study. Ok, iols study. Then lepas degree of course I nak kerja. Nak jadi stewardess. Selain stewardess i tak tahu lagi nak keje ape. Tapi, end up.... I kahwin, jadi suri rumah. Yeah, ALLAH PLANS ARE THE BEST. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Ada hikmah maybe? Yeah, selalu akan ada hikmah yang kita takkan tahu.

10. Dari kecik hidup berpindah-randah, sampai la sekarang. I kerap pindah sekolah & selalunya maximum 2 tahun. Now, husband kerja TUDM of course la kena berpindah-randah jugak. That's why i takde kawan rapat. Kawan memang ramai sebab asyik pindah tempat tapi kawan rapat sangat sangat rapat boleh kira.

11. Degil. My first nephew ikot i. Perangai sebijik macam i. Dia akan dengar cakap i jek. LOL

12. I takde anak lagi. Takde rezeki. InshaAllah doakan ye.  I belum ikhtiar pape lagi like check-up jumpe gyne or so on... sebab previously I busy ngan my studies, pindah randah. 10 hours journey by bus. Macam mane nak lekat? U tell me.

13. Before kahwin I tak pernah kemas rumah. Usually my mom yang akan buat semua. I tolong sikit-sikit jek. Masak pon sama. Jarang masak. Memang princess sangat. So, bila kahwin ni... amik kau, baru tau kerja my mom macam mana. Kuat jugak my mom!

14. I tak suka driver yang lembap! Mak aihhh. Memang stress ngan driver yang lembap. Lagi satu, driver yang cepat-cepat nak keluar simpang nak masuk main road tapi bila dah masuk main road tu lembap nak mam***. So darah memang naik. HAHA.

15. I tak reti nak dok senyap krik krik krik. I mean, bila jumpa orang yang semua mulut berat usually I yang akan tegur dulu. I mati kutu kalau orang terlampau senyap ni. TAPIkan.... usually i pemalu kalau first time jumpa. So, bila dah kenal tu tau la i macam mana. Usually first impression orang, orang akan ingat i sombong sebab muka i la kot. Kahkah.

16. I susah nak ingat muka orang. Like seriously....susah gila. Sorry kalau tak ingat -____-

17. I tak suka kalau orang arahkan i nak buat something. Come on. It's my life. Tau la i nak buat apa. Just guide me but don't tell me to do this and that. Freeedom sikit please?

18. I start pakai high heels masa umur i 9 tahun. My dad yang suruh. Gedikkan? Sebab kecik-kecik i macam laki sebab adik-bradik smua laki, kazen ramai laki. So, my dad la yang transform i jadi perempuan sejati. Teman pergi salon, teman shopping. My dad is my real BFF, my role model, my everything! I love him sooo much. Sedih kot bila time akad nikah, I saw my dad cried. Huhu.

19. I am childish. Perangai still macam budak-budak. Susah nak ubah. Nama pon dah perangai kan. HAHA. Dah ada anak nanti berubah la kot.

20. I am independent. Tak suka susahkan orang, tak suka bebankan orang.

No comments:

Post a Comment

NO HATERS ALLOWED.
Haters + Anonymous = Chickens.