Monday, March 14, 2016

Facebook like & share button on each post

Hi,

Let me show you the easiest way on how to add Facebook like & share (dunno why but both of the counters are the same, sigh) button on each post.

Here's the steps:

1. Log in to your blog account.

2. Go to TEMPLATE then click EDIT HTML

3. Search for <data:post.body/>

4. To search this, press Command or Control+F



5. Copy and Paste the codes below:

For LIKE button
<p><iframe allowTransparency='true' expr:src='&quot;http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;layout=button_count&amp;show_faces=false&amp;width=100&amp; action=like&amp;font=arial&amp;colorscheme=light&quot;' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; float: right; overflow:hidden; width:100px; height:20px;'/></p>
For SHARE button

<div class='facebook-share' style='float: right'>
<a expr:share_url='data:post.url' name='fb_share' rel='nofollow' type='button_count'/>
<script src='http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share' type='text/javascript'/>
</div>

6. Below post (at the end of your post), paste the code below <data:post.body/>
If you want it above the post (right under the post title), paste it above <data:post.body/>
Like me, I would prefer above! 

7. If you want the share button to be on the left, just change the style to the left
<div class='facebook-share' style='float: left'>

8. Save your template by pressing "save template".

THE END! 


Notes: if it's not working, search again for the <data:post.body/>  tag, FOR TWICE .. then paste the codes. 

20 Facts about me

Hello,

Sekarang ni i tengah tunggu baju ... lama betul nak tunggu baju spin. Sementara menunggu tu, iols decided nak update blog. Tapi tak tahu nak update apa actually, semalam dok update twitter kecoh pasal Ainan Tasneem (aku pon tak kenal dia sape ... baru tau dia artis...baru nak up) viralkan pasal crew AirAsia. Dia tak patut buat macam tu. Seolah-olah nak tutup periuk nasi orang. Ok Ok, tu semalam. Hari ni lain. Lupakan pasal semalam.

By the way, sorry tau kalau blog ni banyak bahasa rojak. Used to write in English, sebab zaman skolah dulu i kaki chatting. I minat gila ngan mat salleh, so hari-hari dok chatting ngan mat salleh. LOL. Sekarang zaman dah berubah. I'm married. Dengan lelaki Melayu. Kahkahkah. Kahwin ngan Melayu jugak Allah bagi. Alhamdulillah. So, nak tulis in English pon dah tak confident.  So, kte pakai bahasa rojak je la even diri sendiri ni menyampah dengan bahasa rojak. Huhu.

gambar hiasan 


Ok, cukup la membebel. Here's 20 facts about me:

1. Kuat berangan. Kuat berfikir. That's why rambut gugur. Asal nak sapu rumah je mesti jumpa rambut. Bersepah. I banyak fikir pasal hidup. Pasal future.

2. I teringin sangat nak jadi stewardess. Actually, before UPSR cita-cita nak jadi Pilot. Tapi bila UPSR dapat B in Math i patah semangat. So, tukar cita-cita nak jadi stewardess...sampai la sekarang.

3. Tak terfikir pon nak kahwin ngan askar+pilot = fighter pilot. Sumpah serious tak pernah terlintas dalam otak sebab i tak suka sangat ngan askar. Tu la orang cakap, apa yang kita tak suka, tu la yang kita dapat. LOL. Pape pon, Alhamdulillah. Allah dah atur elok-elok.

4. Daddy's forever princess. Sebab I sorang pompuan. I ada 2 abang, 2 adik laki. How cool is that?! So, bila nak something tu, i akan nekad jugak nakkan barang tu sampai i dapat. Kalau tak dapat, i memberontak. Takdela sampai lari rumah, tak makan jek. Hihi

5. I suka kuceng. Kucing besar jek. Kitten i tak berapa suka. Tak tahu kenapa. Kalau tengok kucing je i akan rasa amused. Mudah terhibur ngan kucing.

6. I tak suka orang bertekak, memekak. I akan jadi cepat marah menggelegak bila orang tinggikan suara. My heart will beat soooo fast ... nak tumbuk je muka orang tu.

7. Sekarang i dah bekerja. Kerja i: suri rumah. kahkahkah. Kerja jugak kot. Takde off day lagi.

8. Tak pernah nak terfikir kahwin awal. I kahwin time degree. So memang struggle gila bila nak bahagikan masa tu sebab weekend je, masa untuk jadi wifey. Besides, hubby ngan I pon long-distance.

9. Kalau ikutkan plan hidup i (since i kuat berangan and banyak fikir), lepas diploma nak kerja kejap nak cari pengalaman. Tapi daddy suruh study. Ok, iols study. Then lepas degree of course I nak kerja. Nak jadi stewardess. Selain stewardess i tak tahu lagi nak keje ape. Tapi, end up.... I kahwin, jadi suri rumah. Yeah, ALLAH PLANS ARE THE BEST. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Ada hikmah maybe? Yeah, selalu akan ada hikmah yang kita takkan tahu.

10. Dari kecik hidup berpindah-randah, sampai la sekarang. I kerap pindah sekolah & selalunya maximum 2 tahun. Now, husband kerja TUDM of course la kena berpindah-randah jugak. That's why i takde kawan rapat. Kawan memang ramai sebab asyik pindah tempat tapi kawan rapat sangat sangat rapat boleh kira.

11. Degil. My first nephew ikot i. Perangai sebijik macam i. Dia akan dengar cakap i jek. LOL

12. I takde anak lagi. Takde rezeki. InshaAllah doakan ye.  I belum ikhtiar pape lagi like check-up jumpe gyne or so on... sebab previously I busy ngan my studies, pindah randah. 10 hours journey by bus. Macam mane nak lekat? U tell me.

13. Before kahwin I tak pernah kemas rumah. Usually my mom yang akan buat semua. I tolong sikit-sikit jek. Masak pon sama. Jarang masak. Memang princess sangat. So, bila kahwin ni... amik kau, baru tau kerja my mom macam mana. Kuat jugak my mom!

14. I tak suka driver yang lembap! Mak aihhh. Memang stress ngan driver yang lembap. Lagi satu, driver yang cepat-cepat nak keluar simpang nak masuk main road tapi bila dah masuk main road tu lembap nak mam***. So darah memang naik. HAHA.

15. I tak reti nak dok senyap krik krik krik. I mean, bila jumpa orang yang semua mulut berat usually I yang akan tegur dulu. I mati kutu kalau orang terlampau senyap ni. TAPIkan.... usually i pemalu kalau first time jumpa. So, bila dah kenal tu tau la i macam mana. Usually first impression orang, orang akan ingat i sombong sebab muka i la kot. Kahkah.

16. I susah nak ingat muka orang. Like seriously....susah gila. Sorry kalau tak ingat -____-

17. I tak suka kalau orang arahkan i nak buat something. Come on. It's my life. Tau la i nak buat apa. Just guide me but don't tell me to do this and that. Freeedom sikit please?

18. I start pakai high heels masa umur i 9 tahun. My dad yang suruh. Gedikkan? Sebab kecik-kecik i macam laki sebab adik-bradik smua laki, kazen ramai laki. So, my dad la yang transform i jadi perempuan sejati. Teman pergi salon, teman shopping. My dad is my real BFF, my role model, my everything! I love him sooo much. Sedih kot bila time akad nikah, I saw my dad cried. Huhu.

19. I am childish. Perangai still macam budak-budak. Susah nak ubah. Nama pon dah perangai kan. HAHA. Dah ada anak nanti berubah la kot.

20. I am independent. Tak suka susahkan orang, tak suka bebankan orang.

Thursday, March 10, 2016

Singapore Airshow 2016

Assalamualaikum,

Kali ni nak share pics je masa pergi Singapore Airshow. Tak tahu nak tulis ape sebab dah lupa info

 -___- such a bad blogger! Time ni cuaca mendung je. Alhamdulillah. Tapi tu la, balik pon I kena sunburn. Teruk gila. Maybe sebab effect mercury skincare kot. Ok. Nak beli ticket ni, kena purchase online je tau. On site, takde jual ticket.







Nak pergi ke sini ada shuttle bus. Dorang management event ni sangat tiptop sangat teratur. I wish LIMA pon akan buat improvement jugak dari segi flow dia. Tempat masuk lain, tempat keluar lain. So tak serabot. Pastu shuttle bus pon tiptop gila, sebab event besar macam ni memang ramai visitors.


Thanks to hubby sebab sudi bawak pergi Singapore Airshow.


Semua pakai sport shoes sebab jenuh wehhh nak berjalan


Ni admission policy. Once dah keluar tu memang dah tak boleh masuk dah.


Ni, masuk-masuk je entrance ada skrin besar ni. Padang ni la untuk tengok Airshow. I ada video tapi malaih nak upload. Tapi memang best la show dia. And I'm proud of abang TUDM kita yang bawak Sukhoi. Sangat terrer.


Kalau nak tengok dalam kapal boleh jek. Nak tinjau-tinjau cockpit dia ke, nak tengok dalam lah! Boleh tapi uols kena beratur panjang mcm ni. Tak mampu iols.


Ni pertunjukan dari Korea tak silap.


Ni pulak untuk Indoor. Boleh cuba simulator, boleh gain knowledge pasal engineering and so on. Kat dalam ni jugak la sesi untuk jumpa Pilot Pilot.


of course, weols jumpa pilot sebab kawan hubby. kuikuikui


Ni budak-budak try simulator.































The End!

Wednesday, March 9, 2016

Apartment Yayasan Melaka (AYM)

Time aku study UiTM Bandar Melaka dulu, aku stay kat Apartment Yayasan Melaka (AYM). Ktorang selalu panggil "AYAM' jek. UiTM Bandar Melaka plak ktorang slalu panggil as "KBM" stands for Kampus Bandaraya Melaka.

Aku pilih untuk stay kat AYM sebab dekat, since aku takde transport and malas nak mengharapkan or membebankan orang lain....because in the end of the day, people tend untuk mengungkit. So, iols malas nak cari rumah sewa jauh-jauh malas and malas. AYM la tempat stay yang terbaik.

Kat AYM ni selamat. Selamat bukan ape, 1st dekat gila ngan campus, 2nd sebab tengah bandar, 3rd sebab ada pak guard. Dah tu kalau campus ada buat event ke, class malam ke, ape ke malam-malam, memang no hal. Yang tak selamat nye, baju korang. LOL. Sebab kat bawah food court ada self-service laundry. Ada yang washing machine RM1 ada yang RM2. So, bila student malas nak set timer, yang prefer untuk biarkan baju dorang, maka pencuri pon ambik peluang.

Tengok banyak gila baju dia curi! KAYAAAAAA! Fashionable gitew. 

Pastu malam, kalau nak keluar tu boleh jek. Tapi kena scan IC. Nak balik sampai 5 pagi pon boleh. HAHAHA. Anytime hang boleh kluar. Macam kolej, kena jalan kaki 15minit nak ke campus. Pastu hang tak boleh keluar sesuka hati mak nenek hang nak keluar lewat malam. Tapi kolej kena bayar RM450 jek. Apartment ni kena bayar RM750 (include api air). Satu rumah ada 5 bilik. So, 2 orang satu bilik laa.

Apartment ni ada 16 tingkat, usually kalau budak UiTM akan stay block B. Kalau block A plak sudent MiCost or campur ngan student UiTM. Block C aku x sure. Campur gak la kot. Kat AYM ada surau. Usually, kalau takde air kat apartment...ramai budak mandi kat surau.

Memandangkan aku tak suka menyusahkan orang, kalau nak pergi mana-mana aku prefer sewa kete or tumpang member or makcik yang ada transportation service. Usually, range nak pergi Melaka Sentral selalu dapat dalam RM4.00 satu kepala. Ni harga ngan member la. Or harga ngan budak-budak yang buat carpool. Kalau ngan makcik driver tu kadang sampai RM8.00 satu kepala. Dari Melaka Sentral, Tesco, Jusco ke AYM sangat dekat. Dalam 5-10 minit naik kete (depends ngan traffic). Kat Melaka aku tak suka jalan dia. Serabot, jem, BANYAK TRAFFIC LIGHTS!



Yang Kanan tu Apartment Yayasan Melaka, Yang kiri (yg building kanan)...kira yang tengah-tengah la bangunan tinggi2 tu UiTM Bandar Melaka. Nak pergi Pizza Hut ke, nak ke Maybank ke, dekat gilaaaa. Student UiTM suka lepak mamak blakang campus. Aku siap ada kenal pakcik cina tu, kalau tersempak je ngan dia mesti dia blanje semua. Baik gila uncle tu!

View ni aku amik dari kolej/hostel UiTM.


Ni plak view dari tangga AYM. Bangunan tu la kolej/hostel UiTM perempuan. U have to walk about 15 minutes from/to campus. Ada kes jugak mat rempit stop tepi jalan nak usha awek g campus. Malam-malam bahaya jugak sebab agak sunyi... Pukul 11 dah sunyi dah area tu.


Ni view dari bilik aku. Time ni jerebu. Sampai malam-malam langit merah sebab jerebu teruk time tu.


Yang bangunan kiri tu The Shore. Tallest Building in Melaka. Kat atas rooftop tu boleh naik tapi kena bayar RM18 sorang/adult. Yang kanan bumbung oren tu kolej/hostel UiTM laki. Yang kanan bumbung merah banyak-banyak tu Kampung Morten. Situ la selalu lepak jogging, cuci mata tengok Melaka River Cruise.


Ni view dari area depan Jusco/AEON Bandaraya Melaka. Sebelah Jusco tu ada Tesco. Kat area tu banyak hotel budget. Hotel dia sangat-sangat ok especially RIVERO Boutique hotel ni. Satu malam RM 99 bilik standard katil queen. Dari sini uols dah boleh tengok AYM tu. Aku prefer stay kat Rivero ni sebab tak payah nak masuk bandar. Nak masuk bandar jenuh wehhhh. Especially time weekend, jem gila gila gila dengan traffic lights melambak lagi.


Ni hotel Rama-Rama ni dekat depan hotel Rivero tu jek. Harga pon less than RM100






Gambar-gambar view Melaka ni di ambik dari rooftop The Shore.


Ni view hotel kat The Shore. Nama hotel ni Swiss Garden.

U can view Kampung Morten, AYM from the room!


Ni aku ngan classmate aku. Gambar amik dari tempat rahsia. LOL.

Ni plak bilik aku. Aah, aku memang suka kaler Pink! Hantu pink!!! Bukan Dato' Vida sponsor okay! Tapi bapak aku sponsor. HAHAHA


Ni bilik aku time aku conquer sorang-sorang. Takde roommate 1 sem tu. Memang lone ranger. Sorang-sorang. That's why aku takleh catch up sangat time degree. Sebab bila sorang-sorang tend to have homesick, tend untuk overthinking and so on! 

Almari baju besar ni jek. Pandai-pandai la hang. Kiri tu x berapa nak tersusun rapi sebab tak tau wujudnye box macam kanan tu. LOL. Banyak gak belajar macam mana nak kemas bilik time dok hostel away from family. Time diploma aku dok hostel gak tapi selalu balik sebab dekat. Ni memang jauh ngan family. So, banyak benda kena belajar. Independent gitew. 

Rasanya ni je la kot. ByeBye. Selamat menempuh alam degree! Melaka best. Just mula-mula culture shock tengok orang Melaka sebab dorang cakap kasar. Macam nak gaduh. Hati memang selalu berapi jugak time mula-mula tu. Kahkahkah. 


Cita-cita nak jadi STEWARDESS

Stewardess, cabin crew, flight attendant, pramugari. Yeah, memang cita-cita aku dari kecik lagi. Sape taknak? Travel free, glamour, meet people from all over the world, Travel, Travel, Travel.

Recently, ada interview Rayani Air tu. iols memang nak pergi. Tapi sayang, husband tak bagi. Hari tu suruh try. LOL. Pening iols.  Memang nangis-nangis weh sebab nak sangat sangat sangat pergi. TAPI nasib baik gak dengar cakap somi. Ada issues time interview. Nasib baik. Aku tak pergi hari tu. LOL. Sekarang aku fulltime housewife. Dah habis study tapi tak convo lagi lah. Aku selalu gak check any cabin crew vacancy ni. Yang aku target skarang: Saudi Arabian Airlines ngan Rayani Air sebab bertudung.

Dulu after SPM, aku menganggur sebab tak dapat first intake upu. Bila nak reapply, aku kena PLKN pulok. So, lepas PLKN tu aku tanam anggur la. I decided untuk try AirAsia. (Time tu freehair bajet hotstuff). My dad bagi. But then tarikh interview tu same ngan intake UiTM. So, papa suruh study dulu. Ok, aku sambung study. Study pon course Tourism. Kat UiTM Kota Samarahan. See, memang nak sangat involve dalam airline/tourism industry ni. Alhamdulillah sebab minat aku memang dapat carry belajar tu. Dapat result cemerlang. Dapat title best student in tourism management time tu.

Then habis diploma, aku amik degree. Ingat nak kerja dulu lepas diploma, amik pengalaman. TAPI, my dad suruh study lagi. Ok, aku amik degree. Degree pulak, aku dapat kat Melaka. Ingat nak tukar course tapi kalau tukar course, nanti study lambat habis. Tukar course syok gak actually, lagi luas ilmu. Tapi memandangkan aku nak habis cepat, aku decided nak stick je ngan Tourism Management. So aku amik B. Sc. (Hons.) Tourism Management, minor in Hotel management kat UiTM Bandar Melaka.

Time degree tu first sem (sem 3 sebab stick ngan Tourism) je aku dekan. Kui kui kui. Then aku pancit lepas tu sebab aku dah kawen. Again, kui kui kui. I don't blame marriage. Aku blame diri sendiri sebab mak aiihhhhh. Memang banyak commitment. Dengan dok sorang-sorang kat Melaka takde family lagi, husband dok jauh lagi. So weekend je aku travel 6-10 jam naik bas. So, tell me....macam mane nak bagi masa. LOL. Well, at least aku dapat habis on time takde sangkut study. Alhamdulillah CGPA pon still 3 pointer keatas. G pon surrounding time degree aku tak berkenan. So memang takde mood.

Ok, ni dah habis degree, aku plan still nak jugak kejar cita-cita aku nak jadi Stewardess. It's my passion!!!! Memang minat dari kecik. Dalam otak aku just nak jadi stewardess jek. Memang nak sangat sangat sangat. But then bila nak g interview, husband tak bagi pulak. Sabar, nanti aku pujuk lagi. Kah kah kah. Setahun pon takpe. Janji aku dapat rasa cita-cita aku tu. Lifetime experience kan?

Ni aku nak share ilmu sikit. Skati la nak cakap riak ke ape, tapi niat aku nak tolong jek. Apa aku belajar aku share. Even aku tak jadi stewardess lagi, ni basic ilmu yang aku tau. Recently, ada orang gaduh pasal Interview Rayani Air. Katanya braces tak boleh. Hoi hoi hoi, tell me....cabin crew mane yang pakai braces weh? Sebelum pergi interview tu kene la rajin buat research, kalau MALAS nak baca tu g tanye ngan mane-mane cabin crew. Make friends with them. Tanye mintak tips. Aku rasa, yang pergi interview tu yang dok maki itu ini tu (except pasal management) tu mesti MALAS membaca.

Hihihi. Dalam banyak-banyak komen kat Rayani Air IG, komen aku terpilih. Thank youuuu OhBulan. 

Come on!!!! Takkan basic requirement pon malas nak baca cik kak cik adik makcik makcik. Ye, memang dah baca TAKKAN TAK PAHAM? Yes, I geddit. Memang nak try nasib. For me, kalau semua requirement perfect, baru la boleh try nasib. Kalau pendek dari heigh requirment ke, takde qualification ke, tak payah nak buang masa try. Bukan ape, sebab ramai lagi yang lebih layak yang semua requirement dia perfect tapi tak dapat chances pon. Kesian tau.

1. Baca & Pahamkan Basic Requirement


Ni Rayani Air punye requirement. Belum tengok requirement airlines lain-lain lagi. Lagi strict okay! Dia mintak kat situ 157cm minimum height, hang just 140 something tak payah nak buang masa. Pastu dia nak 3 credits (BM, ENGLISH, MATH). Memang dah stated clearly subject apa yang kena credits. Hang failed either one of the subjects ke, hang tak credit stakat lulus ke, TAK PAYAH buang masa! Aku ada baca komen, ada orang tu degree holder, tapi tak credits subject Math. Pon kena reject. So kena baca betul-betul apa yang dia mintak. Lainla kalau hang ada cable. uhuk uhuk uhuk.


Ni contoh Singapore Airlines. Hang tengok, UNIVERSITY DEGREE HOLDER okay! Sekarang memang banyak competition. Fresh graduates melambak, nak bersaing memang payah sikit. So kenala perfect.

2. Do research!
Rayani Air ni baru lagi. Ada yang lagi annoying tanya "wujudke Rayani Air ni?". So, jangan expect Rayani ni 100% okay. What I'm trying to say here is, don't blame the company if urself wasn't prepared enough. Skati company tu la nak demand macam-macam. Hang nak mintak kerja, bukan dia nak mintak kerja ngan hang. Before pergi interview tu, kena buat research, the do's and the dont's. Research pasal company. Research pasal braces boleh jadi cabin crew tak. LOL. Resume, file-file tu susun cantik-cantik, kemas-kemas. Gambar kat resume kena tiptop. FIRST IMPRESSION!

3. Grooming kena tiptop
First impression penting kalau nak jadi front liner ni or deal dengan customer service ni. Aku 5 tahun belajar tourism. Memang apperance ni sangat sangat ditekankan. Dalam course ni ada subject Professional development, customer service. So, bila subject-subject penting ni or dapat lectuter strict, memang no jeans allowed, kene make up, kene pakai heels. Thanks to the lecturers. Sebab dorang nak guide ktorang, prepare untuk future. Nak tanye, ada ke jumpe stewardess pucat? No make up? Serabai? Laki rambut kering? Tak kan?  Nak jadi stewardess kena la perfect. Ya, nobody's perfect tapi nak jadi front liner kena la perfect dimata company/customers/passengers. Pakaian kemas, rambut kemas, wangi, sedap mata memandang. Senyum takde taring, takde braces. Stahu aku mana-mana top company grooming kena la tiptop. Lainla kalau hang mintak kerja tukang sapu ka, tukang masak ka, bibik ka. That's why skarang, aku dah terbiasa keluar rumah ngan eyeliner, bedak sikit, lipstick sikit. Sebab dah terbiasa discipline macam tu kat campus. Mekap pon jangan heavy sangat. Jangan dress up g interview macam nak pergi fashion show. Colour code, make up guidelines semua ada dalam internet. Tinggal google jek. Takkan tu pon nak malas?

4. Personality
Nak jadi cabin crew bukan 100% kena cantik. Even hang cantik meletop, perangai tak serupa bikin, muka masam mencuka, maki sana sini, TAK PAYAH try.  Personality penting bila nak deal ngan passengers ni. U have to know how to deal with difficult customers. Yang aku belajar, CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT. Tak kira la apa situasi tu, memang customer yang sentiasa betul. Ni hang dah dok maki pasal rayani air ni, I heard that ada staff rayani dah dok maki candidates, macam mana nak deal ngan customers? Lagi-lagi hospitality industry ni, dengan perangai manusia yang macam-macam perangai. Muka kena senyum even hati berapi menggelegak. Heard that Rayani Air ni selalu delay la cancel la, passengers mesti marah punye. So, how are you going to deal with those pax? Takkan nak maki-maki kan?

Ni updates pasal cabin crew walk-in interview: Flygosh

Rasanya tu je kot ilmu yang aku nak share. Nak pakai, pakai. Tak nak, takpe. Sorry kalau ada tersalah info ke, terkasar bahasa ke. Industry ni memang akan selalu kena maki. So, pandai-pandai la ye. Yang tak dapat tu, bukan rezeki uols...or bukan rezeki uols time date tu ke. Try lagi. Cuba tips ni. Kalau dah try tips ni takdapat jugak.... I dunno la. Semua terpulang kat rezeki. Macam iols, banyak obstacles. Even it's my passion. Tapi ntah la. Allah plans are better than our dreams, kan? Byebye.