Friday, March 22, 2013

Kepada adik2 lepasan SPM

Assalamualaikum

Macam mana result korang? OK? Now, mesti pening nak buat apa lepas dapat result kan? Nak keje or nak study. Yang laki confirm ramai yang plan nak keje. Ni nak bagi opinion sikit. Nak tolong u guys nak sambik course apa kalau sambung study. By the way, tahniah kepada those yang dapat Straight A's. Those yang x dapat straight A's pon tahniah. Anda still bernafas kan? Hihihi..come on, it's not the end of the world. Those yang x dapat A langsung, rezeki anda ada kat tempat lain.


I bagi contoh. Myself. I tak pernah dapat straight A's samada UPSR, PMR or SPM. Tapi masuk university, Alhamdulillah, I dapat result boleh dikatakan cemerlang 3.50 above (dean's list). Bukan nak show off tapi nak bagi you guys semangat not to give up. Ada yang result time SPM lebih bagus dari I tapi time masuk U, dorang tak la sebagus time SPM. Siap ada repeat paper lagi tu. Repeat bahaya taw! Yang tak bagus SPM, dorang bagus time university. Tak kisah la course apa.

Repeat paper tu untuk those yang failed subject. Repeat parah. Kena bayar, kena pandai bagi masa, kena study berhabis-habisan. Yela, once repeat, subject yang lain x mustahil akan terjejas. I bagi example, a student repeat subject A. Dalam masa yang sama, time test/quiz subject A tu, ada test subject C&D. Punya lah payah nak study kan? Kalau meniru, layakkah dipanggil pelajar universiti? Terasa? Tanya diri sendiri. So,dah 3 kali repeat paper, dismiss dan anda tak layak graduate and sambung study. *before ni, ingatkan semua student masuk U graduate. Hihi*

After SPM, I menganggur for almost a year. I dapat offer form 6 tapi I reject sebab TAKNAK pakai uniform sekolah and taknak masuk sekolah tu lagi. HAHAHA (alasan tak boleh diterima langsung). I tak bagi tau my parent pon yang I dapat form 6. Hihi.  Nak keje, papa tak bagi. Time tu dapat jer result, sehari dua lepas tu masuk PLKN for 3 months. So, kira menganggur la. Nak masuk U, x layak. sebab 1st intake UPU, I x layak. Yela, SPM 2A jer dapat. Then, nak re-apply UPU x dapat pulak coz time tu PLKN. Papa nak bagi I masuk private college tapi I x nak. X nak membebankan papa. Well, private college kan mahal. And time 2nd intake UiTM, ada intake untuk stewardess jugak. I nak ambik both! LOL *tamak*. But then, I pilih UiTM. Study first. Selama almost a year, I menganggur...on December, I've made it....masuk UiTM 2nd intake ambik course Tourism Management.

First of all, kenapa I ambik Tourism Management. Jawapannya sebab I MINAT!! I minat sangat-sangat melancong. Cita-cita I nak travel the world. ceh! Papa at first tak bagi sebab dia kata nanti nak keje ape? Tour Guide? I was like ???????. Papa suggest ambik Business. I x minat. Orang lain pon suggest I ambik account la. Pon I x minat. For me, biar I yang tentukan masa depan I sendiri. I walk my own path. Orang tak harungi apa yang kita akan / telah harungi. Orang tak tahu apa yang kita capable of. orang tak tahu apa kemampuan kita.

Alhamdulillah, so far result OK..like i've mentioned above. Bila kita minat nak buat something, hati pon ikhlas and takde paksaan. Bila kita force buat something, hati tak ikhlas. nak buat something pon takde mood. Betul x? Hihi. Tu pandangan I la.

Study kat universiti ni, tak sama ngan study kat sekolah. Study kat sekolah boleh di katakan relax lagi. Kat universiti, semuanya rushing. Kena pandai bagi masa. Seriously I cakap, kena pandai urus masa. Assignment akan melambak. By the time due date assignment tu, test pon melambak. Everyday test. Sampai demam-demam then otak jam. Like !@#$%^^&*))!*@*#$((!

Kalau nak sambung study kat universiti, ambik course yang anda minat k? Bukan course yang orang suruh, member suruh, nak sama-sama ngan member ke, nak sama-sama ngan pakwe makwe ke. Just follow your heart. TAPI, kalau tak dapat study course yang you minat pon, just take it. Maybe tu la rezeki anda. Kan UPU kena pilih at least 6 courses kan. Walaupon tak minat, just go with it. Who knows, minat boleh berubah. Hehe. Lagi satu, you ambik sesuatu course tu tak semestinya you keje dalam bidang tu. Ramai senior I yang ambik toursim management, tapi last-last keje kat bank la, buat business la and vice-versa.

By the way, kalau nak ambik course Tourism Management tu, prepare la duit awal-awal. Sebab duit tu akan digunakan untuk melancong. Final sem, WAJIB pergi melancong. Destination tu depend la ngan budget korang. Banyak budget, semakin jauh la pergi. Dah tu, duit tu prepare untuk dinner la, events la and so on. So, prepare k? Lagi 1, Tourism Management kena passed Math jugak. Sebab sem 1, ada Business Math, sem 2 ada Account, sem 4 ada Economics. Law pon ada tapi sem 5. Sem 6 u tak study lagi dah, u will be going for practical training.

Class trip to Indonesia

Dinner 

Those yang nak ambik Information Management tu, or tak tahu apa itu Information Management, course nih takde kira-kira. So, math janji lulus, credit pon takpe. Dorang lebih kepada reading subjects. Event pon banyak. tapi yang paling banyak: ASSIGNMENT. My roommate sampai tak tido gara-gara assignment. Dorang pon selalu pergi library. Library at heart gitew. Information Management takde sem 6. Sama gak ngan Office Management, takde sem 6 and takde practical training.

Kesimpulannya, always think positive and do not give up! Result SPM, x menjamin result time masuk universiti. Result universiti, x menjamin dapat masa depan cerah / dapat kerja bagus. Semuanya, in the end Allah yang tentukan, rezeki masing-masing.


Heeeeeeeee..those yang dapat PLKN tu jangan resah k? enjoy jer!! btw, I miss PLKN! 

Apa lagi I nak share eak? Tu jer kot. Congratulations untuk adik-adik yang dapat result SPM :) Yang result x berapa tu, jangan give up.

Related post: Tips masuk U